APA ITU LABAZA?

LABAZA adalah Lihat & Angkat BAZAR online


Ianya merupakan PUSAT PEMUDAHCARA bagi penjual sambilan dan pembeli online.



1-PEMUDAHCARA  PENIAGA 'PART TIME'

Ianya adalah pusat sehenti bagi semua usahawan-usahawan sambilan yang ingin memasarkan produk masing-masing secara lebih meluas.Ini adalah satu platform terbaik kepada usahawan-usahawan sambilan yang tidak mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja marketing dan terikat dengan tugas dan tanggungjawab hakiki.



2-PEMUDAHCARA PEMBELI ONLINE

Ianya juga merupakan pusat sehenti bagi pembeli persendirian yang ingin membeli belah secara online dan ingin mencari produk-produk, makanan dan minuman  atau barang keperluan yang jarang atau yang sukar dijumpai dimana-mana kedai atau disupermarket secara terbuka.Ianya lebih memfokuskan kepada produk-produk IKS dan produk-produk persendirian.


LABAZA adalah satu BAZAR ONLINE yang menggunakan cara mudah iaitu LIHAT & ANGKAT.


Pembeli melihat dahulu apa yang ingin dibeli dan kemudian jika berminat pembeli boleh terus angkat barang tersebut dengan berhubung direct kepada penjual atau pembekal produk tersebut.